Osmanthus Fancy Golden Congou

 

ORGAN RESPIRASI

HIDUNG

EKSTERNAL

INTERNAL

  • Bahagian eksternal terdapat dipermukaan muka dan terdiri daripada rangka penyokong yang dibentuk oleh tulang dan rawan.
  • Rangka hidung diliputi oleh kulit dan permukaan dalamnya dilapisi oleh membran mukus. 
  • Di bawah hidung terdapat dua pembukaan yang disebut lubang hidung atau nares eksternal.
  • Bahagian internal hidung terdiri daripada kaviti yang besar di tengkorak terletak atas dari mulut dan di antara dua kaviti orbit.
  • Bahagian dalam hidung eksternal dan internal dibahagikan kepada bahagian kanan dan kiri oleh pembahagi vertikal yang dikenali sebagai septum hidung.
  • Setiap kaviti hidung mempunyai atap, lantai, dinding lateral dan dinding medial (septum hidung).
  • Kaviti hidung membuka di anterior melalui lubang hidung.
  • Posterior, kaviti ini berhubung dengan farinks melalui pembukaan hidung internal.
Fungsi Hidung
  • Bulu hidung di dalam kaviti hidung menapis debu dan mikroorganisma dari udara yang masuk dan lapisan mukus yang memerangkapnya.
  • Bekalan darah yang banyak ke membran mukus membantu mengawal udara yang masuk menjadi hampir sama dengan suhu badan di samping melembabkannya.
  • Sebagai organ untuk menghidu kerana reseptor bau terletak di mukosa bahagian atas hidung.
  • Hidung juga membantu menghasilkan dengungan (fonasi).